Wednesday, January 4, 2012

Perlukan Pelakon Tambahan

Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan siang dari malam dan memberi petunjuk. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga Baginda, para Sahabat, tabi’ tabi’in serta mereka yang mengikuti jejak langkah mereka hingga ke hari kiamat.

Baiklah saya berterus terang sahaja. Saya tahu ini akan mengecewakan anda. Post ini bukanlah iklan mencari pelakon tambahan untuk filem pendek bermesej dakwah seperti ‘The Tales of the Da’i and the Frog’ seperti yang anda harapkan. Anda pasti ingin tabuh saya sekarang kerana anda telah pun excited sebentar tadi dan melompat sehingga terhantuk di siling. KL telah bergegar dibuat anda. Sila istighfar sepuluh kali.

Pelakon tambahan merupakan elemen yang sangat penting dalam pembikinan filem dan drama. Walaupun terpaksa memakai kostum yang sangat huduh, jikalau tiada Orc, dengan siapalah hero filem Cincin akan bertarung. Anda pun akan gelak guling-guling apabila anda melihat Aragorn beradu tenaga dengan pokok tebu atau melihat Hairi Potter menyumpah Expecto Patronum kepada baju kelawar di ampaian. Heu heu.

Semasa zaman Jahil Jahiliyyah dahulu, saya memang suka menonton filem kerana suka melihat pelakon-pelakon tambahan ini membantu memberikan rasa sakit hati dan stress kepada penonton. Contohnya, dalam filem Godzilla, ada babak apabila hero menghubungi pak cik di bahagian penyiaran, memujuknya menyiarkan rakaman mereka di stadium yang dipenuhi anak-anak Godzilla itu supaya dapat memberi amaran kepada penduduk bandar berkenaan. Pada mulanya, pak cik penyiaran begitu berlagak sekali tetapi akhirnya ia ternganga dan kelam-kabut membuat apa yang diminta apabila ia melihat sendiri kebenaran tentang anak-anak raksasa itu.

Semua orang tahu cerita tu bai. Nak bagi pencerahan ke nak bagi sinopsis Godzilla ni?

Ehe he baiklah.

Menonjolkan keheroan hero

Apa yang ingin saya tekankan di sini, kehadiran pelakon tambahan sangat membantu untuk menaikkan mood dan ekspresi dalam setiap babak. Dan kita sering menjuih bibir terhadap pelakon tambahan dengan ucapan-ucapan, “Mesti upah sorang dua kupang je budak-budak ni untuk watak pengejek Mak Senah,” Tahukah anda kalau tidak ada budak-budak itu, tiadalah terlihat ketabahan Mak Senah menahan telinga setelah diejek sokmo?

Dan kalau tidak ada Gollum, tidak terlihatlah betapa pyare persahabatan Samwise terhadap Frodo.

(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia (yaitu orang Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, Maka Perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong Kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”. (3:173)

Mari berterima kasih kepada golongan yang bertanya itu! Disebabkan mereka para heroan tampak semakin cool dan macho sekali dengan jawapannya yang stylo markah penuh. Mata anda sudah pun kelihatan bak sinaran mata Si Puss in the Boot. Sila cover sedikit.

Ukhti, takpe je kalau tak datang petang ni. Esok kan on call. Jauh kot nak travel. Kalau penat nanti macam mana… Nanti boleh je dengar recording pengisian ni.

Intang payung ummi, tak perlulah nak travel jauh-jauh sampai ke UPSSaya itu. Perak banjir kan semalam? Dah la intan payung baru je balik dari Temasik pagi tadi. Skype aje lah.

Kau tak takut ke travel lewat-lewat malam ke Kolej Mohd Borhan tu? Gelap kot jalan dia.

Skrip yang stereotypical di telinga anda? Ahaks. Sudah pasti, babak dan dialog seperti ini adalah ujian yang besor buat seorang da’i. Apatah lagi apabila ia diluahkan oleh akhawat, ibu yang penyayang dan rakan-rakan yang begitu concern akan keselamatan anda.

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa.”(Al-A’raf: 164)

Dalam filem terbaik yang diceritakan di dalam al-Quran ini, jalan ceritanya ada hero, villain dan pelakon tambahan. Dan kewujudan pelakon-pelakon tambahan itu sengaja diceritakan oleh Allah di sini supaya orang beriman semakin kuat keimanan mereka untuk memerangi orang-orang kafir apabila mendengar dialog-dialog sedemikian.

Dalam masyarakat zaman global ini, kita tiadalah menuduh saranan orang lain dalam perlaksanaan gerak kerja anda sebagai bisikan syaitonirrajim yang nak menggoda-goda. Sila jangan tumbuk meja lagi.

Hatta Rasulullah saw. sendiri menerima pandangan para Sahabat dalam perlaksaan dakwah dan perang.

Isunya sekarang, bagaimana anda sebagai hero (ecewah) ingin bersikap di dalam cerita ini. Kerana seni cerita ini begitu halus dan tersirat, dan anda tidaklah pula terang-terangan kelihatan heroic memakai kostum kerana da’i tiadalah kostum tersendiri. Jikalau da’i memakai seperti Superman untuk menunjukkan keheroannya, sungguh tidak tsiqah di situ.

Sifat wira seorang da’i terletak dari dalam jiwanya. Lalu, ia dapat membezakan sama ada ucapan-ucapan ini adalah suara pembakar semangat atau hanyalah bunyi bisikan Sauron yang sentiasa membuatkan Frodo naik sawan uhuhu.

Takpe kak. Hatta kalau saya on call malam ni pun saya masih nak datang.

Ummi, cukuplah Allah menjadi penolong intan payung dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung (jangan lupa buat muka serius sampai berkedut pipi).

Haah. Gelap gile. Nasib baik kereta saya ada lampu he he.

Andai kita kalah di tangan pelakon tambahan, habislah. Pada saat itu mungkin kita tidak terjatuh ke dalam golongan villain. Namun, dapatkah kita menjamin bahawa kita bukannya turun taraf menjadi watak pelakon tambahan? Loh, kalau dah kalah dengan pelakon tambahan kamu bukannya hero lagi, tahu?

Adakah kita golongan cool yang maintain macho itu atau orang yang sibuk menakut-nakutkan mereka dengan pelbagai soalan dan pertikaian yang melambatkan dakwah? Adakah iman kita semakin kuat dengan godaan pelakon-pelakon tambahan atau kita tergoda dengan mudahnya akan ayat-ayat cinta mereka? Hanya kerana pujukan mereka begitu pyare dan kedengaran logik?

Saya seringkali jatuh terpeleot dengan babak pelakon tambahan. Kadang-kadang kononnya tidak mahu terlalu memudaratkan diri dan mengikut saranan yang lebih muntij padahal dalam hati memang ada penyakit! Aduhai!

Jangan lupa,

“Maka setelah mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang orang berbuat jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang sangat keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.” (Al-A’raf: 165)

Allah hanya menceritakan ending orang baik dan orang jahat. Pelakon tambahan? Tidaklah disebut (menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan kanan). Apakah yang lebih menyedihkan bagi seorang pelakon melainkan tidak diceritakan kesudahan dirinya -seolah-olah ia tidak penting langsung pada pandangan pengarah?

Anda pasti tidak mahu terpengaruh lalu melepaskan watak hero anda untuk menjadi pelakon tambahan dalam ‘drama’ ini. Maaf. Kita memang tidak perlukan pelakon tambahan, melainkan hanya untuk menambah kekuatan iman sang wira. O yes.

Wallahua’lam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Mohamad Tajuddin. Powered by Blogger.