Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang
bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi,
saya menerima panggilan dari Hospit! al Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar
bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut
yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka
jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha
Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit
demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai
aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.
Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak
berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik
berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti
bertukar warna.! Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti
warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan
dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai
pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan
muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada
seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa
pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00
Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan
saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak
dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan
lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda
tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.
Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat
anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya
putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas
ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah
anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali
lacinya ke dalam dan membawa wanita itu! keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak
cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak
cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab
sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan
menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak
mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya
untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka
mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni
memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau
pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah
sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu
lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh
misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke
kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya
bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak
cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang
siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari
wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik
cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan
perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan
pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan,
mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke
rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan
harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu t! ergerak untuk
menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan
oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak
jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,
"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri
di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang
datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,
"Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita
berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.
"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya,
tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu
apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi
itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah
'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah
berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa
tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,
yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu
waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.
Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan
dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
0 comments:
Post a Comment